Manufacturers
Themes

    New Arrival

    Turbine Ventilator 24"
    RM  898.00  750.00  

    Best Sellers

    Special Promotions

    Frequently Asked Questions (FAQ)

    Q: Adakah Qalriss Shoppe & Services ini syarikat berdaftar?

    YA.  Qalriss Shoppe & Qalriss Services adalah online store & online services yang ditawarkan di bawah QALRISS EMPIRE (Reg. No:  JM0979985-D)

    Qalriss Empire adalah Authorised Dealer bagi TURBINE VENTILATOR yang disenaraikan

    QALRISS SHOPPE

     

    Q: Apakah cara pembayaran kepada pihak Qalriss Shoppe & Services (QSS)?

    Pembayaran diterima secara:-

    1.  Bank-in direct debit (online banking) atau;

    2.  Secara bank-in cash di kaunter bank atau CDM machine

     

    Pembayaran boleh dibuat melalui akaun MAYBANK atau CIMB yang akan diberikan ketika proses Shopping Checkout.

    Setelah pembayaran dibuat, sila email kepada kami scanned copy slip / upload pembayaran tersebut kepada qalriss@gmail.com ATAU bukti pembayaran tersebut boleh juga dihantar melalui aplikasi ‘WhatsApp’ No:  019-325 9022.  Sertakan sekali butir-butir pembelian anda:-

     

    Order No.(No.Ruj.Pesanan):

    Nama & Contact No. anda:

    Tarikh & Masa pembayaran:

    Jumlah Pembayaran & maklumkan samada pembayaran di Maybank ATAU CIMB

     

    Sekiranya anda telah register bersama QSS, anda hanya perlu log in melalui web page www.qalriss.com dan klik My account untuk upload resit bayaran anda serta boleh menyemak status pembelian / penghantaran anda pada bila-bila masa.

     

    Harap maklum bahawa Pesanan Pembelian (Order) anda hanya akan diproses setelah bukti pembayaran diterima dan pengesahan bayaran dibuat.

     

    Q:     Saya telah menerima email dari QSS berkenaan Orders Received, Orders Processed and Payment Receipt.  Apa maksudnya?

     

    •     Order Received:     Bermaksud pihak QSS telah menerima Order anda dan akan memprosesnya secepat mungkin
    •     Order Processed:   Email menyatakan pihak QSS telah memprosesnya.
    •     Order Shipped:      Email memberitahu bahawa pihak QSS telah pun menghantar Pesanan Pembelian anda ke alamat penghantaran yang telah diberikan

     

    Q:     Bolehkah saya membeli tanpa register / log in terlebih dahulu?

    BOLEH.  Kami membenarkan guest shopping tetapi anda digalakkan untuk register bersama kami supaya maklumat terkini penghantaran atau semakan ke atas pembelian terdahulu boleh dilakukan oleh anda pada bila-bila masa.

    Ianya juga akan memudahkan anda untuk shopping bersama kami di masa akan datang tanpa perlu mengisi maklumat penghantaran semula sekiranya tiada perubahan.  Privasi maklumat peribadi anda adalah dijamin selamat.

     

    Q.     Bolehkah saya memulangkan Item yang dibeli setelah menerimanya?

    BOLEH sekiranya terdapat defect pada Item tersebut dan ianya adalah berpunca dari pihak kami.  Sekiranya pemulangan dilakukan kerana salah pemilihan saiz atau warna, ianya tidak dibenarkan sama sekali.   Terma & syarat selanjutnya boleh didapati di link SINI.

     

    QALRISS SERVICES

     

    Q.      Apakah Ejen di Qalriss Shoppe & Services (QSS) Ejen yang berdaftar?

    YA.  Ejen di Qalriss Services adalah Ejen yang berdaftar di bawah Etiqa Takaful Berhad dan Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd serta Qalriss Empire adalah Authorised Dealer bagi Turbine Ventilator.  Quotation dan produk yang ditawarkan melalui Qalriss Services adalah sepertimana yang dibenarkan oleh pihak Syarikat terbabit.

    Kod Ejen bagi Etiqa Takaful Berhad:  FAZLINA - V0011890 (General Takaful)

    & Team kami adalah Ejen bagi Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd

     

    Q.      Apakah urusan memproses & penghantaran produk yang ditawarkan di dalam Qalriss Services dilakukan oleh pihak QSS sendiri?

    TIDAK.  Ejen di Qalriss Services hanya memberi penerangan, menguruskan dokumen yang perlu dilampirkan, mengambil bayaran sekiranya ada dan menyerahkannya kepada Ibu Pejabat syarikat terbabit di Kuala Lumpur atau cawangannya.  Urusan memproses permohonan / kelulusan pembelian atau penyewaan produk Cuckoo adalah tertakluk kepada terma dan syarat Syarikat terbabit.  Ejen diberi tanggungjawab bagi menguruskan dokumentasi, membuat follow-up dan memastikan polisi / produk yang diambil diterima oleh pelanggan. SETIAP URUSAN YANG DILAKUKAN ADALAH SECARA PERCUMA !

    Bagi pembaharuan insurans kereta dan roadtax, Ejen boleh melakukannya terus secara online menerusi sistem yang disediakan Etiqa Takaful setelah pembayaran diterima & juga menguruskan penghantaran cover note / roadtax kepada pelanggan.

    Bagi produk Turbine Ventilator pula, Kami adalah Authorised Dealer.  Kami menguruskan pembelian / pemasangan produk & menyediakan Quotation sekiranya diperlukan.  Harga yang ditawarkan adalah harga Kilang.

    Q.    Apakah servis selepas jualan disediakan?  Seperti sekiranya saya ingin membuat claim / pembayaran premium atau produk Cuckoo yang dibeli mempunyai masalah?

    YA.  Kami berusaha membantu pelanggan-pelanggan kami berterusan di masa akan datang dan menawarkan khidmat yang termampu kerana pelanggan adalah keutamaan kami.

     Q.    Apakah urusan pembelian polisi/produk / pembayaran boleh dilakukan secara online sahaja?

    Boleh. Pelanggan boleh membuat Pembaharuan/Pembayaran Insurans Kereta secara ONLINE menerusi Link yang disediakan.  Sebarang kemusykilan boleh lah menghubungi talian di atas. 

    Sistem Pembaharuan Insurans Kereta Etiqa Takaful ini di link terus kepada JPJ dan Ejen kami boleh menyemaknya melalui sistem.   Anda juga boleh hubungi: talian Hotline QSS:  019-325 9022 jika menghadapi kesulitan / perlukan sebarang bantuan ketika membuat ONLINE RENEWAL.

    Perkhidmatan secara manual (mendapatkan Quotation / Penerangan lbh lanjut) juga boleh didapati dgn menghubungi Hotline QSS di atas. Bagi Pembelian produk Cuckoo - ONLINE store ada disediakan bagi kemudahan pelanggan membuat pembelian pada bila-bila masa.  Platform Online Store ini (Cuckoo E-brandstore) adalah link yang disediakan oleh pihak Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd kepada kami sebagai Authorised Agent.

     

    Q.    Bolehkah pembatalan dibuat ke atas produk di Qalriss Services?

    Pembatalan polisi Takaful atau pembelian produk Cuckoo adalah tertakluk kepada terma & syarat Syarikat terbabit.

    Pihak QSS tidak mempunyai hak di atas perkara tersebut.

    Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi no. yang tertera di atas.

     

    Q.    Berapakan bayaran bagi servis yang ditawarkan oleh Qalriss Services?

    TIADA BAYARAN.   Penerangan / quotation serta urusan dokumentasi yang dilakukan adalah secara percuma.

    Hanya penghantaran Roadtax sahaja dikenakan sedikit bayaran kerana menggunakan syarikat penghantaran (Pos Laju / MYEG).

    Ikhlas dan Amanah adalah Motto Kami.