SHIPPING POLICY:

  1. Penghantaran adalah menggunakan Pos Laju Malaysia / J & T Ekspress akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk sampai ke alamat penerima. (Tandatangan penerimaaan adalah diperlukan oleh syarikat penghantaran).

 

  1. Penghantaran dibuat pada hari bekerja sahaja.  Sekiranya pembayaran diterima pada hari cuti umum, penghantaran akan dibuat pada keesokan hari bekerja.

 

  1. Pesanan Pembelian (Order) akan hanya diproses & dihantar setelah pembayaran dan bukti pembayaran diterima oleh pihak Qalriss Shoppe & Services (QSS) samada melalui email:  qalriss@gmail.com atau SMS / WhatsApp No:  019-325 9022.

 

  1. Anda akan menerima Tracking No. melalui email setelah penghantaran dibuat.   Sila semak status penghantaran anda di POS LAJU. bagi Pos Laju dan SKYNET. (bagi Skynet).

 

  1. Proses penghantaran & kelulusan bagi produk di Qalriss Services pula adalah tertakluk kepada terma & syarat Syarikat Etiqa Takaful Berhad serta CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd.  Sila berhubung melalui email:  qalriss@gmail.com.  Anda juga boleh hubungi:  Talian QSS:  019-325 9022 bagi keterangan lanjut.

 

RETURNS POLICY:

  1. Pembatalan Order setelah pembayaran dibuat tidak dibenarkan.  Anda disarankan agar membuat pilihan Items yang dikehendaki dengan betul sebelum ‘checkout’ dari shopping cart atau membuat pembayaran.

 

  1. Semua Items yang telah dibeli & dihantar oleh Qalriss Shoppe tidak boleh dipulangkan atau ditukar tanpa alasan munasabah.  Walaubagaimanapun sekiranya terbukti mempunyai defect pada Items yang dibeli dan ianya disebabkan oleh pihak kami, anda boleh menukarkan Items tersebut dengan mana-mana Items lain dari Qalriss Shoppe atau pengembalian wang akan diberikan.

 

      Penukaran atau pengembalian wang di atas akan hanya dibuat mengikut syarat-syarat berikut:

 

  • Kerosakan (defect) pada Items yang dibeli adalah disebabkan oleh pihak kami sendiri ketika pengeluaran produk dilakukan;

 

  • Pemulangan Items tersebut hendaklah dilakukan dalam masa 3 hari selepas penerimaan;

 

  • Item dipulangkan dalam keadaan asal tanpa dibuang tag, tiada kesan gosok / basuh pada pakaian tersebut dan dinyatakan sebab pemulangan dilakukan ketika membuat penghantaran kembali;

 

  • Pemulangan BUKAN dilakukan kerana tersilap memilih saiz/warna atau menukar fikiran setelah Pesanan pembelian diterima.

 

  1. Setiap Item yang diproses untuk penghantaran telah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan kualiti terjaga dan tiada kerosakan.  Namun sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku dan bukti kerosakan berpunca dari pihak kami, perkara 2 di atas akan digunapakai.

 

  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan barangan semasa / setelah urusan penghantaran dibuat.

 

  1. Dimaklumkan di sini bahawa warna mungkin berbeza sedikit dari Item sebenar disebabkan oleh pencahayaan kamera dan resolusi warna di skrin computer dan ianya tidak boleh diklasifikasikan sebagai defect.

 

  1. Proses Pembatalan atau Pemulangan produk di Qalriss Services pula adalah tertakluk kepada terma & syarat Syarikat Etiqa Takaful Berhad serta CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd.  Sila berhubung melalui email:  qalriss@gmail.com.  Anda juga boleh hubungi:  Talian QSS:  019-325 9022 bagi keterangan lanjut.

 

Disclaimer: Qalriss Shoppe & Services berhak meminda atau menukar mana-mana perkara/polisi di atas tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.